Join Waitlist We will inform you when the product arrives in stock. Just leave your valid email address below.
Email Quantity We won't share your address with anybody else.

3 Tips Memikat Si Jejaka

3 Tips Memikat Si Jejaka

 

Hai semua, apa khabar? Baru lepas mesej si dia ke? Ke baru lepas gaduh? Biasalah tu kalau gaduh.. Sedangkan lidah lagi tergigit, kan?

 

Apa-apa pun, korang mesti sayang sangat kat dia kan.. Betul tak?

 

Kadang-kadang biasalah, hati kata sayang, tapi mulut kata lain, nasib baik dia jenis penyabar kan? Harini.. Apa kata kita tengok tips nak menyatakan sayang kat dia, kalau hari-hari dok menyebut “i love you” je pun.. Lama-lama jemu jugak kan? Hehe.

 

1 – Bekalkan makanan kegemaran.

Korang tau tak, orang lelaki ni paling mudah tertawan kalau kita masakkan makanan kegemaran diorang tau. Sebab tu orang tua-tua dulu saling menyayangi sampai ke hari tua, sebab geng-geng nenek kita ni mana reti beli makanan kat luar.. Semuanya masak!

 

Bila masak, kasih sayang tu akan lebih sampai, sebab pasangan kita akan lagi ingat siapa yang masakkan, setiap suapan tu akan jadi lebih bermakna, mungkin dalam dia tengah makan tu dia boleh tersenyum-senyum lagi teringatkan muka manis kita hehe.

 

Korang cuba lah, masa pagi-pagi dia nak ke kerja tu, buat kejutan cakap ada buatkan bekal. Ataupun kalau yang belum berkahwin, kalau tempat kerja dekat, cuba usahakan sekali bagi bekal untuk lunch hour, atau kalau tempat kerja jauh, cubalah weekend nanti, korang masakkan makanan kegemaran diorang. Try buat surprise, confirmmmm dia cair!

 

2 – Berikan ruang untuk si dia

Pasangan Gembira

Biasalah kan.. Kita perempuan ni selaluu sangat nak perhatian daripada si dia, kalau boleh tu setiap saat nak mesej dia masuk, yelah.. Rindu kan? Tapi kan, kadang-kadang kita kena faham.. Dia mungkin sibuk ada kerja kena buat, atauu dia mungkin nak spend masa dengan kawan-kawan lelaki dia jugak, main futsal ke, bowling ke, game ke, haa, kita kena belajar bagi ruang tau, baru lah dia sayang.

 

Untuk mengubati rasa rindu tu, jangalah sampai tak contact pulak..hehe. Buatlah satu ‘appointment’ gitu..tanya lah si dia, sampai pukul berapa nak ada kerja tu, dah habis, ha korang call lah, mesej lah habis-habis! >.<

 

3 – Pakai yang cantik-cantik

Baju Kurung Raya

Fitrah lah kan.. Semua orang suka tengok yang cantik-cantik. Cuba tengok wardrobe korang, bila last korang bercantik-cantik depan si dia? 

 

Ok cuba korang bayangkan, korang tengah jalan-jalan keluar dengan dia, tiba-tiba dia puji

 

“Eh cantiklah baju ni, sesuai dengan awak” 

 

Korang mesti berbunga kan? KAN. Mesti tidur tak lena, kalau tidur pun termimpi mimpi pujian dari dia kan? 

 

Baju dari Karabum semua cantik-cantik tau.. Kalau korang pakai mesti ramai yang puji.. Jadi jangan lupa cuci-cuci mata kat website Karabum tauuu!

All the best, girls <3


Lots Of Love,

Karabum Team.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *