Join Waitlist We will inform you when the product arrives in stock. Just leave your valid email address below.
Email Quantity We won't share your address with anybody else.

5 Tempat shopping Baju Kurung di sekitar Kuala Lumpur

Hello semua!  Kita dah masuk 2020, dah dekad baru dalam millennium ni. So, kami nak ucap Selamat Tahun Baru dan semoga kita bertambah maju dari segala segi kehidupan. Tapi maju, maju juga, jangan sampai tertinggal budaya dan warisan kita ya.

Jalan Bunus 6 di Jalan Tunku Rahman
Jalan Bunus 6 di Jalan Tunku Rahman

Ibu negara kita, Kuala Lumpur, ada beberapa lokasi popular untuk dapatkan baju kurung tau. Jom tengok senarai bawah ni!

  1. Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)
Kompleks SOGO di Jalan Tunku Abdul Rahman
Kompleks SOGO di Jalan Tunku Abdul Rahman

Kalau korang warga Bandaraya Kuala Lumpur, mungkin Jalan TAR ini lah jalan yang korang lalu hari-hari naik nak ke tempat kerja. Dan sepanjang jalan ni boleh Nampak banyak pilihan kedai baju kurung. Malah di jalan ni juga korang boleh jumpa pusat beli-belah, seperti SOGO dan Pertama Complex.

  1. Jalan Masjid India
Jalan Masjid India
Jalan Masjid India

 

 

Kita gerak ke belakang sikit dari jalan yang tadi, Jalan Masjid India. Kat sini juga banyak pilihan di deretan kedai dan bazaar yang jual pelbagai pilihan baju kurung. Ada yang ready-made, ada yang boleh tempah. Yang menariknya, kat sini celah lorong mana pun kadang kadang ada orang pacak khemah bukak kedai. Kena pandai tengok jalan, takut tersesat pulak.

 

  1. Sekitar Masjid Jamek
Jalan Melayu berdekatan Masjid Jamek
Jalan Melayu berdekatan Masjid Jamek

 

 

Sekitar Masjid Jamek dan stesen LRT Masjid Jamek pun ada bazaar yang jual baju kurung kalau nak tahu. Antaranya ada di kawasan bazaar sepanjang Jalan Melayu, dan bazaar berdekatan bank.

 

 

 

 

 

  1. Bazaria Wangsa Maju
Bazaria Wangsa Maju
Bazaria Wangsa Maju

Mari kita gerak ke utara sedikit dari pusat bandaraya, Bazaria Wangsa Maju. Ini adalah tempat yang sedang trending sejak dua menjak ni sebenarnya. Sebab Bazaria Wangsa Maju ni baru dibuka, dan ia bersebelahan dengan kawasan yang selama ini kita kenali sebagai Uptown Danau Kota. So, macam biasalah, deretan bazaar meriah menanti setiap malam dan semestinya kepelbagaian barangan, termasuk baju kurung.

 

 

  1. Karabum Boutique KL, Starparc Point.
Pandangan Hadapan Butik Karabum KL
Pandangan Hadapan Butik Karabum KL

Last but not least, semestinya Butik KARABUM!

Mungkin ada antara korang sukar meredah bazaar demi bazaar, deretan kedai demi deretan kedai untuk mendapatkan baju kurung berkualiti dan eksklusif pada harga mampu milik, pilihan pelbagai rekaan, disertakan dengan tawaran-tawaran menarik dari semasa ke semasa!

So, jika ada di Kuala Lumpur, datanglah saja ke butik Karabum bertempat di :

E-03-08, Star Parc Point Commercial Center, Jalan Taman Ibukota, 53300, Kuala Lumpur, Malaysia.

 

 

Ruang Dalaman Butik Karabum KL
Ruang Dalaman Butik Karabum KL

 

 

 

Ps:
Oh ya, butik Karabum pun ada kat Shah Alam dan Johor Bahru tau. Nanti kami akan feature pada post-post yang akan datang pulak ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *