Anda tercari-cari Baju Kurung Moden untuk 2020 ni? Dah boleh berhenti mencari dan boleh mula memilih, sebab apa? Sebab Karabum dah pun lancarkan koleksi terbaik Moden Mini Kurung kami! Koleksi kali ini akan buat anda terpegun dan tak senang duduk untuk memilih sebab kesemua corak yang ditampilkan, memang lawa dan cantik tak boleh bawa bincang. Dah ibarat kena beli kesemua 9 corak yang ada!

Mula ditawarkan pada harga RM79.90 (ya kami tahu, murah dan berbaloi yang amat kan harga Moden Mini ni), anda boleh mula dapatkan melalui website karabumhq.com dan jugaa Butik-butik karabum yang terletak di Kuala Lumpur, Shah Alam dan juga Johor Bahru.

Apa dia? Rumah anda dekat dengan Butik Karabum? Haaa elok, boleh bangun awal, bersiap dan terus pergi Butik Karabum berdekatan, beratur untuk mendapatkan Kurung Moden Mini Karabum.

Tersenyum girang bila tahu promosi Moden Mini best sangat.

APA YANG MENARIKNYA KURUNG MODEN MINI KALI INI?

Banyak yang menarik dan best sebenarnya, nak digarapkan semua, makan minggu nanti. Takpe, biar kami garapkan yang paling menarik tentang Kurung Moden Mini.

  • 9 JENIS CORAK!

Ya, bener. Moden Mini hadir dengan 9 pilihan corak yang direka dengan penuh teliti. Apa yang ditampilkan merupakan yang terbaik antara yang terbaik!

  • BUNGA SANA, BUNGA SINI, BUNGA DIMANA-MANA

Bunga (bukan penyanyi rap berbaju Kurung) merupakan elemen yang kita semua tahu, bakal menceriakan hati yang lara dan hari yang sendu. Siapa je yang tak suka bila yang tersayang hadiahkan bunga kan.

Moden Mini kami reka berkonsepkan floral atau bunga-bungaan. Satu konsep yang kami cukup percaya bakal membuatkan orang disebelah anda bakal melontarkan satu soalan penuh minat, “beli dimana baju Kurung tu, lawa la”.

Beritahu yang tersayang sekali yang Kurung Moden Mini Karabum dah pun dilancarkan, murah dan berbaloi bukan main.Mana tahu nanti dihadiahkan sepasang, bukan baju Kurung Moden Mini tu je yang berbunga, dengan hati-hati anda sekali berbunga lebat.

Hati berbunga-bunga bila yang tersayang hadiahkan Kurung Moden Mini
  • LIMITED EDITION

Anda merupakan peminat setia Kurung by Karabum? Perasan tak bagaimana limited nya setiap rekaan corak yang kami keluarkan. Jika corak atau design Kurung Karabum habis terjual dan anda terlepas dari membelinya, that’s it, no more.

Limited edition atau dalam Bahasa Melayu kita, edisi terhad bermaksud, jika anda terlepas untuk membeli Kurung Moden Mini, maka hilanglah peluang tersebut mungkin buat selamanya. Jadi, bersedia dan jangan terlepas peluang.

Itu je ke ciri Kurung Moden Mini?

Tidak. Moden Mini turut mengekalkan apa yang sedia cemerlang dalam siri Koleksi Kurung Karabum. Diperbuat menggunakan English Cotton material, kualiti penghasilan Kurung Moden ini dikawal ketat bagi menjamin kualiti.

Terdapat zip dibahagian penting terutamanya bahagian tangan, menjadikan ianya mesra wuduk. Tak cukup dengan tu, zip juga dsediakan dibahagian belakang baju sekaligus menjamin impak keselesaan maksima buat si pemakai.

Kak, Kami Tak Sabar Nak Pakai Moden Mini Kurung ni!

Tak sabar nak pakai Moden Mini Karabum? Dah boleh beli dekat laman web Karabum @ karabumhq.com, cuma tu lah, pastikan anda rebut peluang untuk dapatkan koleksi baru kami ini. Takut sold out nanti, melepas dah la.

Dah sedia nak beli, ok boleh klik laju-laju pastu beli terus. Kami akan pack dan wrap laju-laju dan hantar sampai depan pintu rumah (guna courier la tapi).

Kalau Kami Nak Datang Butik, Boleh? Moden Mini Ada Tak?

Of course la bolehh. Moden Mini turut boleh dibeli di kesemua butik Karabum yang bertempat di:

WAKTU OPERASI
Selasa – Khamis
11.00 pagi – 6.30 Petang
Jumaat – Ahad
11.00 Pagi – 8.30 Malam
Isnin [Tutup]

KARABUM KL
StarParc Point, E-03-08 Level 3,
Jalan Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur
[ Waze : Karabum Boutique KL ]

KARABUM SHAH ALAM
No 30-1, Jalan Selasih K U12/K,
Cahaya Alam, Selangor
[ Waze : Karabum Boutique Shah Alam ]

KARABUM BOUTIQUE JB
NO. 66, Jalan Perjiranan 2, Bandar Dato Onn,
81100 Johor Bahru, Johor

[ Waze Karabum Boutique JB ]

 

One thought on “KURUNG MODEN MINI KARABUM – MENAWAN HATI, MEMBELI JIWA!

  1. Pingback: JUALAN BAJU KURUNG TERHEBAT DENGAN FREE SHIPPING- SUPERHIT 2.0! - Karabum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WAREHOUSE SALE 2020 STARTS IN
Register now!
x