Jenis jahitan asas baju yang min rasa korang perlu sekurang-kurangnya kena ambil tahu sebagai pengetahuan asas.Ada beberapa jenis cara yang wujud dalam dunia jahitan yang boleh dipraktikkan bila diperlukan nanti.

Dekat bawah ni, min senaraikan jenis jahitan asas baju yang wajib korang tahu.Semoga senarai dibawah dapat membantu dan memudahkan korang yang ingin kenali dunia jahitan dengan lebih jauh.Sebagai permulaan, senarai bawah ni kira ok lah sebab min pun bukannya pakar jahitan atau tukang jahit.

Jahitan yang kemas menandakan kualiti baju yang anda beli. Moden Nieka 10-77

Jahitan Kia

  • Jahitan kia digunakan untuk menjahit klim meretas.
  • Jahitan ini juga digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan tangan.
  • Jahitan ini kukuh, rapat, dan kelihatan seperti jahitan mesin.
  • Jahitan ini boleh digunakan sebagai pengganti jahitan mesin.

 

Jelujur Halus

  • Jahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet merentas.
  • Jahitan ini boleh menggantikan jahitan mesin.

 

Jahitan Sembat

  • Jahitan sembat biasanya digunakan untuk menetapkan kelepet.
  • Jahitan ini halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian.
  • Jahitan sembat juga biasanya digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju kurung.

 

Jahitan Lilit Kemas

  • Digunakan untuk mengemaskan tepi fabrik.
  • Jahitan ini juga digunakan untuk menjahit butang katub, cangkuk dan palang.

 

Jahitan Lubang Butang

  • Jahitan lubang butang digunakan untuk menjahit lubang butang, butang katub, cangkuk dan palang.

 

Jahitan Silang Pangkah

  • Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet, lapik, pita zip serta digunakan sebagai jahitan salaman.

 

Jahitan Insang Pari

  • Jahitan ini digunakan untuk mengemis tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjahit motif.

Jahitan yang kemas akan menghasilkan baju atau baju kurung moden yang cukup berkualiti, macam koleksi-koleksi baju kurung moden 2021 Karabum ni.

Oh ya, korang jangan lupa kongsikan artikel ni dengan famili atau rakan-rakan okay? Moga bermanfaat.

EarlyBird Promo Klasik Moden Nieka
x