Author Archives: Solehuddin

Karabum Melaka Tour 2020- Jualan Baju Kurung Tergempak Serendah RM15!

Anda pernah  jumpa Baju Kurung berkualiti tinggi, bercorak moden akan tetapi dijual pada harga promosi RM15? Percayalah, anda akan jumpa pada Karabum Melaka Tour 2020 pada 31 Oktober dan 1 November akan datang.

KARABUM MELAKA TOUR
31 Oktober & 1 November 2020
Melaka Bandaraya Bersejarah

Dimana? Bertempat di MITC Ayer Keroh, Karabum Tour kali ini akan diadakan di tempat gah lagi senang dikunjungi. Terlepas? Anda akan rugi sebab promosi-promosi yang kami bawakan kali ini, memang tak masuk akal.

Selain dari promosi yang bakal buat anda tak sabar untuk borong sakan, kami ada kejutan dimana akan ada Baju Kurung edisi khas untuk Tour ini dannnnn New Arrival Kurung! Yes, baju Kurung baru!

[RM63.00] Moden Nieka Code X | Moden Mini | Kirana | Seroja | Lubnaa

5 Koleksi baju Kurung ini merupakan antara Kurung terbaik yang pernah Karabum hasilkan. Berkonsepkan moden, klasik dan classy, 5 koleksi ini bakal memenuhi selera anda. Gayakan kemana sahaja, keanggunan anda akan terserlah.

Tapi, macam nak tawarkan Baju Kurung baru je ni. Jap, anda nak baju Kurung baru pada harga serendah RM63? Nak? Ok cuba isi borang dibawah, kami inform kejutan dia nanti!

[RM53.00] Isabella | Levisa | Rose Violet

Jika awak tanya, mana satu pilihan hati saya, jawapan dia ada dalam antara tiga koleksi Kurung Karabum ni. Rose Violet, ditawarkan pada harga semurah RM53 ialah koleksi yang tak patut dipandang ringan.

Begitu juga dengan Levisa dan Kurung Isabela, seunik namanya, unik dan indah lagi jika anda menyarung koleksi ini kemana sahaja.

[RM15.00!] Koleksi RM15

Ini dia star of the Show. Ada beberapa koleksi yang akan kami tawarkan pada harga semurah RM15! Nak tahu tak koleksi mana yang berharga RM15 ni? Boleh isi form dibawah okay? Surprise!

Koleksi Edisi Khas

Kurung edisi khas ni kami khususkan untuk orang Melaka dannn mereka yang berkunjung ke MITC Ayer Keroh.

Ini antara koleksi istimewa untuk orang Melaka.

BCIAS – Beauty Comes In All Sizes

Satu je nak cakap, jika anda terlepas dari dapatkan koleksi BCIAS, memang akan auto menangis. BCIAS merupakan Blouse eksklusif dengan kerjasama Karabum yang cukup berkualiti tinggi. Akan ada dua koleksi baru serendah RM89.00 yang akan kami bawa disamping koleksi yang terkenal yang akan ditawarkan pada harga RM50 sahaja.

Apa dia? Nak tahu lebih lanjut? Bolehhhh, isi je borang dibawah ok?

Dah baca kesemua promosi kami diatas? Jadi wahai orang Melaka, amat rugi jika you guys semua tak join Karabum Melaka Tour 2020! Jom serbu MITC, Ayer Keroh pada 31 Oktober dan 1 November 2020 (Sabtu dan Ahad).

KARABUM MELAKA TOUR 2020 – JANGAN TERLEPAS ACARA NI!

Karabum JB Clearance Sale telah pun melabuhkan tirai nya dengan penuh jaya, dan kami perasan satu perkara iaitu, bukan main banyak permintaan dari peminat Kurung Karabum untuk kami anjurkan SALE YANG SAMA GEMPAK dengan acara di Johor Bahru.

Jadi, berita baik yang dikongsikan disini ialah, kami nak umumkann… KARABUM MELAKA TOUR 2020 akan diadakan di Melaka selama 2 Hari sahaja pada 31 Oktober dan 1 November 2020!

KARABUM MELAKA TOUR
31 Oktober & 1 November 2020
Melaka Bandaraya Bersejarah

Apa yang pasti, Karabum Malaka Tour akan diadakan dengan penuh gemilang dan lebih gempak berbanding acara sebelum ini.

NAK TAHU APA YANG GEMPAK DAN MENARIK DI KARABUM MELAKA TOUR 2020?

Nak jadi yang terawal tahu mengenai segala informasi penting untuk KARABUM MELAKA TOUR? Bolehh, cuma isikan je borang dibawah dan kami akan kongsikan maklumat secara exclusive terus kepada anda.

Pendek kata, memang amat rugi kalau you guys tak join dan isi borang dibawah, percayalah, memang amat banyak perkara yang cukup best kami nak kongsikan. Macam biasa, isi je borang dibawah.

KURUNG MODEN MINI KARABUM – MENAWAN HATI, MEMBELI JIWA!

Anda tercari-cari Baju Kurung Moden untuk 2020 ni? Dah boleh berhenti mencari dan boleh mula memilih, sebab apa? Sebab Karabum dah pun lancarkan koleksi terbaik Moden Mini Kurung kami! Koleksi kali ini akan buat anda terpegun dan tak senang duduk untuk memilih sebab kesemua corak yang ditampilkan, memang lawa dan cantik tak boleh bawa bincang. Dah ibarat kena beli kesemua 9 corak yang ada!

Mula ditawarkan pada harga RM79.90 (ya kami tahu, murah dan berbaloi yang amat kan harga Moden Mini ni), anda boleh mula dapatkan melalui website karabumhq.com dan jugaa Butik-butik karabum yang terletak di Kuala Lumpur, Shah Alam dan juga Johor Bahru.

Apa dia? Rumah anda dekat dengan Butik Karabum? Haaa elok, boleh bangun awal, bersiap dan terus pergi Butik Karabum berdekatan, beratur untuk mendapatkan Kurung Moden Mini Karabum.

Tersenyum girang bila tahu promosi Moden Mini best sangat.

APA YANG MENARIKNYA KURUNG MODEN MINI KALI INI?

Banyak yang menarik dan best sebenarnya, nak digarapkan semua, makan minggu nanti. Takpe, biar kami garapkan yang paling menarik tentang Kurung Moden Mini.

  • 9 JENIS CORAK!

Ya, bener. Moden Mini hadir dengan 9 pilihan corak yang direka dengan penuh teliti. Apa yang ditampilkan merupakan yang terbaik antara yang terbaik!

  • BUNGA SANA, BUNGA SINI, BUNGA DIMANA-MANA

Bunga (bukan penyanyi rap berbaju Kurung) merupakan elemen yang kita semua tahu, bakal menceriakan hati yang lara dan hari yang sendu. Siapa je yang tak suka bila yang tersayang hadiahkan bunga kan.

Moden Mini kami reka berkonsepkan floral atau bunga-bungaan. Satu konsep yang kami cukup percaya bakal membuatkan orang disebelah anda bakal melontarkan satu soalan penuh minat, “beli dimana baju Kurung tu, lawa la”.

Beritahu yang tersayang sekali yang Kurung Moden Mini Karabum dah pun dilancarkan, murah dan berbaloi bukan main.Mana tahu nanti dihadiahkan sepasang, bukan baju Kurung Moden Mini tu je yang berbunga, dengan hati-hati anda sekali berbunga lebat.

Hati berbunga-bunga bila yang tersayang hadiahkan Kurung Moden Mini
  • LIMITED EDITION

Anda merupakan peminat setia Kurung by Karabum? Perasan tak bagaimana limited nya setiap rekaan corak yang kami keluarkan. Jika corak atau design Kurung Karabum habis terjual dan anda terlepas dari membelinya, that’s it, no more.

Limited edition atau dalam Bahasa Melayu kita, edisi terhad bermaksud, jika anda terlepas untuk membeli Kurung Moden Mini, maka hilanglah peluang tersebut mungkin buat selamanya. Jadi, bersedia dan jangan terlepas peluang.

Itu je ke ciri Kurung Moden Mini?

Tidak. Moden Mini turut mengekalkan apa yang sedia cemerlang dalam siri Koleksi Kurung Karabum. Diperbuat menggunakan English Cotton material, kualiti penghasilan Kurung Moden ini dikawal ketat bagi menjamin kualiti.

Terdapat zip dibahagian penting terutamanya bahagian tangan, menjadikan ianya mesra wuduk. Tak cukup dengan tu, zip juga dsediakan dibahagian belakang baju sekaligus menjamin impak keselesaan maksima buat si pemakai.

Kak, Kami Tak Sabar Nak Pakai Moden Mini Kurung ni!

Tak sabar nak pakai Moden Mini Karabum? Dah boleh beli dekat laman web Karabum @ karabumhq.com, cuma tu lah, pastikan anda rebut peluang untuk dapatkan koleksi baru kami ini. Takut sold out nanti, melepas dah la.

Dah sedia nak beli, ok boleh klik laju-laju pastu beli terus. Kami akan pack dan wrap laju-laju dan hantar sampai depan pintu rumah (guna courier la tapi).

Kalau Kami Nak Datang Butik, Boleh? Moden Mini Ada Tak?

Of course la bolehh. Moden Mini turut boleh dibeli di kesemua butik Karabum yang bertempat di:

WAKTU OPERASI
Selasa – Khamis
11.00 pagi – 6.30 Petang
Jumaat – Ahad
11.00 Pagi – 8.30 Malam
Isnin [Tutup]

KARABUM KL
StarParc Point, E-03-08 Level 3,
Jalan Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur
[ Waze : Karabum Boutique KL ]

KARABUM SHAH ALAM
No 30-1, Jalan Selasih K U12/K,
Cahaya Alam, Selangor
[ Waze : Karabum Boutique Shah Alam ]

KARABUM BOUTIQUE JB
NO. 66, Jalan Perjiranan 2, Bandar Dato Onn,
81100 Johor Bahru, Johor

[ Waze Karabum Boutique JB ]

 

Lubnaa – “Ini Wajib Beli Ni, As A Reward For Yourself”

Kehadapan Princess of Karabum

Pernah tak bila lihat satu koleksi Kurung, terus terdetik, ini wajib beli ni, as a reward for myself”, tapi kecewa terduduk bila melihat harga yang ditawarkan tak jauh beza dengan bil elektrik anda yang melambung ketika PKP baru-baru ini.

Percayakah anda jika kami katakan, lain pula kisahnya dengan LUBNAA. Lubnaa, koleksi terbaru kami yang akan dilancarkan pada 6 Ogos 2020 akan datang boleh dibeli melalui website dan pesanan WhatsApp bermula jam 10.00 pagi manakala pembelian di butik akan bermula pada 8 Ogos 2020.

“Gapo dio LUBNAA ni kak?”

Saat melihat rekaan koleksi baharu Karabum yang akan dilancarkan pada 6 Ogos ini, hati kami terdetik, betapa anggunnya si pemakai bakal tampil tatkala menyarung Lubnaa .

Sesuatu yang menjadi impian kami di Karabum, ingin melihat busana kami dapat membantu wanita diluar sana tampil anggun, menawan disamping meningkatkan tahap keyakinan diri.

Cuba anda lihat koleksi yang ditawarkan Karabum, kesemua koleksi Kurung kami berkonsepkan wajib beli sebab bila dibandingkan dengan kualiti dan harga, ia takkan buat peminat kami terduduk.

Koleksi Karabum hanya akan buat peminat Kurung letih berdiri dek kerana ralit memilih baju di butik. Ini adalah fakta. (psst, jangan risau Karabum dah sediakan kusyen selesa untuk anda rehat take five).

Lubnaa akan kekalkan tradisi tersebut dan lebih menarik lagi, segalanya ditambah baik.Corak yang digarap pada LUBNAA kini berkonsepkan bunga-bungaan. Terdapat 6 jenis corak yang bakal buat anda pening untuk memilih dek kerana cantiknya setiap satu.

Satu konsep yang akan membuatkan si pemakai tampil kelihatan segar walaupun sebenarnya sedang keletihan. Itu kelebihan LUBNAA.

Dari segi rekaan, LUBNAA kami ketengahkan konsep Kurung labuh yang terkenal pada Kurung Pahang. Mengekalkan elemen moden tanpa mengorbankan elemen klasik vintage.

Tahu apa yang lagi menarik? Kain Kurung LUBNAA. Kain Kurung kali ini menggunakan style apa yang dipanggil sebagai Lipat Batik.

Lipat Batik kami ketengahkan bagi memaksimumkan keselesaan si pemakai.  Baik tika berjalan berseorangan atau bersama tersayang mahupun ketika duduk melayan perasaan.

Itu je ke ciri LUBNAA?

Tidak. Lubnaa turut mengekalkan apa yang sedia cemerlang dalam siri Koleksi Kurung Karabum. Diperbuat menggunakan English Cotton material, kualiti penghasilan Lubnaa dikawal ketat bagi menjamin kualiti.

Terdapat zip dibahagian penting terutamanya bahagian tangan, menjadikan ianya mesra wuduk. Tak cukup dengan tu, zip juga dsediakan dibahagian belakang baju sekaligus menjamin impak keselesaan maksima buat si pemakai.

Oh yaa, LUBNAA juga available untuk anak gadis anda, ini masanya untuk realisasikan impian anak anda untuk sedondon dengan mak dia yang tersayang!

Kak, Kami Tak Sabar Nak Pakai LUBNAA!

Sabar dear Princess, LUBNAA secara rasminya akan dilancarkan pada 6 Ogos 2020 nanti. Jadi apa patut you guys buat?

  1. Save the Date. Letak reminder pada phone. Ok dah?
  2. Bookmark website Karabumhq.com pada pelayar web. Dah jugak?

Ok, sekarang ni, duduk, relax dan tunggu 6 Ogos. Bila LUBNAA lancar je, klik laju-laju pastu beli terus. Kami akan pack dan wrap laju-laju dan hantar sampai depan pintu rumah (guna courier la tapi).

Kalau Kami Nak Datang Butik, Boleh? LUBNAA Ada Tak?

Of course la bolehh. LUBNAA turut boleh dibeli di kesemua butik Karabum bermula 8 Ogos 2020 yang bertempat di:

Kunjungi kami

WAKTU OPERASI
Selasa – Khamis
11.00 pagi – 6.30 Petang
Jumaat – Ahad
11.00 Pagi – 8.30 Malam
Isnin [Tutup]

KARABUM KL
StarParc Point, E-03-08 Level 3,
Jalan Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur
[ Waze : Karabum Boutique KL ]

KARABUM SHAH ALAM
No 30-1, Jalan Selasih K U12/K,
Cahaya Alam, Selangor
[ Waze : Karabum Boutique Shah Alam ]

KARABUM BOUTIQUE JB
NO. 66, 01, Jalan Perjiranan 2, Bandar Dato Onn,

81100 Johor Bahru, Johor

[ Waze Karabum Boutique JB ]